Sama dengan Bahasa Melayu Brunei standar mempunyai pertukaran bunyi vokal daripada Bahasa Melayu Baku. Antara lain ialah bunyi /e/ akan berganti menjadi bunyi /a/. Perbedaannya dengan bahasa Melayu Brunei standar, pada bahasa Kedayan kehilangan huruf "R". Contoh dapat dilihat di bawah:
Bahasa Melayu Brunei Standar
Bahasa Melayu Kedayan
Basar
Basaa
Karas
Ka'as
Baras
Ba'as
Vokal 'o' berganti menjadi 'u' seperti perkataan di bawah:
Bahasa Melayu Standar
Bahasa Melayu Kedayan
Boleh
Bulih
Tolong
Tulung
Kotak
Kutak
Bahasa Kedayan merupakan satu kelainan bahasa Melayu. Abjad bahasa Kedaya hanya terdiri daripada 18 huruf, seperti berikut:
15 konsonan, iaitu b, c, d, g, h, j, k, l, m, n, p, s, t, w, dan y.
Kecuali dipengaruhi oleh bahasa Melayu yang dipelajari oleh orang-orang Kedayan sebagai lingua franca, vokal o dan e hampir tidak wujud dalam perbendaharaan kata bahasa Kedayan. Umpamanya:
besar = basaa
otak = utak
kota = kuta.
Vokal o hanya wujud sebagai gandingan kepada konsonan r, umpamanya taloo untuk 'telur', dengan o berfungsi sebagai konsonan gantian. Konsonan bahasa Melayu yang ditinggalkan oleh bahasa Kedayan ialah f, q, r, v, z (x tidak wujud dalam abjad bahasa Melayu). Bagaimanapun, ketinggalan konsonan r merupakan satu huruf paling nyata. Bergantung kepada bunyi dan gandingan huruf, perkataan bahasa Kedayan akan berbunyi seperti berikut:
r = aa; umpamanya besar = basaa
r = ii; pandir = pandii
r = oo atau r = uu; telur = taloo atau taluu
r = ing
air = aing.
Kecuali ketika mengikut dasar sistem ejaan bahasa Melayu yang menetapkan bahawa semua perkataan pinzaman perlu sedapat-dapatnya mengekalkan bunyinya, bahasa Kedayan hanya menggunakan 18 huruf yang tersebut.[3]
↑Kosakata tajun (= terjun) bukan tarajun adalah pengeculian/tidak konsisten dalam bahasa Banjar, bandingkan dengan tarabang (= terbang) menjadi taabang dalam bahasa Kadayan.