Kerajaan Kedah pernah menjadi salah satu kerajaan purba yang terbesar di Nusantara. Kerajaan ini membentang daripada Divisi Tanintharyi di selatan Myanmar sehingga ke bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu. Empayar Kedah juga pernah meliputi seluruh bahagian selatan Thailand. Ini menyebabkan sehingga ke hari ini majoritas Melayu Myanmar dan sebagian Melayu Thailand berketurunan daripada Melayu Kedah[butuh rujukan].
Menurut sumber sejarah, Kerajaan Kedah merupakan salah satu kerajaan yang terkenal oleh pedagang dari Jazirah Arab. Ini menyebabkan perkahwinan campur antara suku Melayu dengan pedagang Arab. Disebabkan kuatnya pengaruh arab terhadap Bahasa Melayu Kedah, kita boleh menyimpulkan bahawa sebagian besar daripada Melayu Kedah mempunyai darah campuran Arab. Namun, ini tidak bermakud bahasa setiap Melayu Kedah merupakan keturunan arab. Misalnya, sebagian mereka yang di Pulau Pinang berkemungkinan mempunyai darah India, manakala mereka yang berada di Thailand mempunyai darah campuran Suku Thai.
Lembah Kedah
Majoritas daripada penduduk Lembah Kedah merupakan berketurunan suku Melayu Kedah. Lembah ini meliputi Provinsi Satun di Thailand serta 3 negara bagian utara Malaysia (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang). Ia meliputi kawasan berkeluasan kurang lebih 25,908km persegi.
Nama etnis
Pada hari ini, kebanyakkan suku Melayu Kedah menggelar diri mereka sebagai Orang Utara berikutan tempat asal mereka di utara Semenanjung Malaya. Begitu juga bahasa mereka yang dikenali sebagai Pelet Utara atau logat utara.
Cari artikel bahasaCari berdasarkan kode ISO 639 (Uji coba)Kolom pencarian ini hanya didukung oleh beberapa antarmuka
Halaman bahasa acak
Bahasa Melayu Kedah boleh dibahagikan kepada beberapa sub-dialek, antaranya Kedah Pesisir (Standar), Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang, Satun dan lain-lain.
Bahasa Melayu Kedah
Bahasa Melayu Standar
Hang
Kamu
Cek
Saya
Depa
Mereka
Hangpa
Kalian
Pasepa
Kenapa
Pi
Pergi
Mai
Datang, Mari
Awat, Pasepa
Mengapa
La
Sekarang
Sat
Sebentar, Sekejap
Mengkala
Bila, Apabila
Ketegaq
Degil
Jom
Ayuh, Mari
Kot
Mungkin, Barangkali
GeRek
Basikal
Adat dan budaya
Sebagian besar adat serta budaya masyarakat Melayu Kedah mempunyai persamaan dengan Suku Melayu Semenanjung Malaysia. Perbedaan utama ialah dialek mereka yang agak berbeda dengan Bahasa Melayu standar.
Antara Kebudayaan Melayu Kedah ialah: